Hormati hak orang asal
Iklan
Adik Norashikin Oren, 9, (kiri) bersama rakan-rakannya mengibarkan Jalur Gemilang di sekitar kediaman mereka sempena meraikan sambutan bulan kemerdekaan negara ke-64 di Kampung Orang Asli Lubuk Legong, Mukim Siong. - Foto Bernama
HARI Antarabangsa Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun. Di Malaysia, orang asal mewakili 0.6 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat dengan Senoi, Melayu Proto dan Negrito adalah tiga suku utama.
Orang asal merupakan masyarakat minoriti yang masih mengamalkan cara hidup tradisional yang banyak dipengaruhi oleh alam sekitar dan amalan lama tinggalan nenek moyang mereka.