Berakhirnya legasi Abah Malaysia
Iklan
Lambaian terakhir Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 selepas meninggalkan Istana Negara pada Isnin. - Foto Bernama
ENAM tahun lalu, karier politik Tan Sri Muhyiddin Yassin hampir ternoktah apabila dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO.
Sejak itu, karier politik beliau sedikit sebanyak dibayangi Tun Dr Mahathir Mohamad apabila mereka bersama-sama menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).