Agong boleh arah Muhyiddin tentukan PM baharu melalui Parlimen
Iklan
Semua parti politik perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan kemelut politik negara susulan Muhyiddin didakwa tidak lagi mempunyai sokongan majoriti. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong boleh menasihati Perdana Menteri sementara untuk mengadakan satu sidang Parlimen khas dalam masa terdekat bagi membolehkan 220 ahli Parlimen menentukan calon Perdana Menteri baharu.
Pandangan itu diutarakan pakar undang-undang, Profesor Datuk Salleh Buang memandangkan Yang di-Pertuan Agong sudah melantik kembali Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sementara walaupun telah meletakkan jawatan pada Isnin.