10 Rekod dan sejarah unik sepanjang penggal 2018-2023
Iklan
PN dan PH merupakan dua kerajaan yang tumbang sebelum penggal Parlimen ke-14 Malaysia berakhir.
[INFOGRAFIK] Berikut ialah 10 rekod dan sejarah unik sepanjang penggal 2018-2023 sejak Pakatan Harapan (PH) memerintah negara hinggalah kepada kejatuhan Perikatan Nasional (PN) pada Isnin.
1. BN tumbang selepas 60 tahun Buat julung-julung kalinya Barisan Nasional (BN) tewas di tangan pembangkang selepas meraih 69 kerusi dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, rekod terburuk pernah dicatatkan oleh gabungan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Razak ketika itu. Menariknya, BN ditewaskan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh bekas Presiden UMNO sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad.