Istilah kerajaan interim terpakai apabila tiada kerajaan sah akibat darurat keselamatan
Iklan
Bangunan Perdana Putra menempatkan pejabat Perdana Menetri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. (Gambar kecil: Shamrahayu)
SHAH ALAM - Sebuah kerajaan interim hanya wujud dalam dimensi perundangan negara, apabila negara berdepan darurat keselamatan yang pada ketika itu tiada kerajaan sah sedia ada wujud.
Perkara itu diperjelaskan oleh pakar perlembagaan yang juga Penyandang Kerusi Institusi Raja-Raja Melayu di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Madya Datuk Dr Shamrahayu Abd Aziz setelah menegaskan pembentukan kerajaan interim yang bersifat sementara, tiada dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang negara.