Segalanya di tangan Agong & Abah...
Iklan
Semua parti politik perlu menyerahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong bagi menyelesaikan kemelut politik negara susulan Muhyiddin didakwa tidak lagi mempunyai sokongan majoriti.
SEMUA mata dan telinga akan tertumpu kepada apa yang disebut-sebut sejak beberapa hari yang lalu sebagai hari penentu Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Media difahamkan ia bakal berlangsung pada jam 12 tengah hari ini. Perlu dinyatakan di sini, tiada pengesahan rasmi yang dikeluarkan mengenai pertemuan tersebut.