Perhatian tertumpu kepada Istana Negara
Iklan
Muhyiddin dijangka menghadap Al-Sultan Abdullah di Istana Negara, Kuala Lumpur hari ini.
SHAH ALAM - Seluruh negara hari ini akan tertumpu ke arah Istana Negara − menanti dengan penuh debar apakah kesudahannya hasil pertemuan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Tumpuan diberikan secara khusus kepada siapakah bakal pengganti beliau.