Sukar pertahan tanpa sokongan UMNO
Iklan
Kerajaan minoriti adalah sebuah kerajaan di mana kabinet menteri diketuai Perdana Menteri yang tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat. Gambar kecil: Mazlan
SHAH ALAM - Tiada halangan untuk membentuk kerajaan minoriti sekiranya ahli Parlimen pembangkang bersedia mewujudkan Perjanjian Keyakinan dan Bekalan atau ‘Confidence and Supply Agreement (CSA)’ dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penganalisis politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Mazlan Ali berkata, pembentukan itu adalah dengan memberikan sokongan menerusi undi percaya di Parlimen pada September.