Muhyiddin ada dua pilihan, bubar Parlimen atau letak jawatan
Iklan
Gambar kecil dari kiri: Muhammad Fathi, Nik Ahmad Kamal.
SHAH ALAM – Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai dua pilihan dalam perlembagaan sama ada memohon pembubaran Parlimen atau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.
Bagaimanapun pakar perlembagaan dari Universiti Teknologi Malaysia, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata, ia bergantung perkembangan yang berlaku pada minggu depan berhubung cadangan dikemukakan oleh Muhyiddin kepada pimpinan parti politik.