Khidmat terakhir seorang anak
Iklan
Dalam keadaan dunia ditimpa musibah besar seperti Covid-19 ketika ini, pengorbanan besar perlu dilakukan oleh anak-anak untuk menjaga dan memelihara ibu bapa yang uzur atau sakit. Gambar kecil: Mohamad Din
KEWAJIPAN berbuat baik terhadap ibu bapa adalah suatu ketetapan daripada ALLAH SWT kepada anak-anak. Lahirnya seorang anak ke dunia adalah disebabkan adanya mereka dan dengan kasih sayang mereka, anak itu dapat hidup dengan sempurna.
Oleh sebab itulah ALLAH SWT meletakkan kedudukan ibu bapa cukup tinggi, hanya satu darjah di bawah tanggungjawab seorang hamba kepada ALLAH dan rasul-Nya.