Siapa PM selepas Muhyiddin?
Iklan
Dalam situasi terkini jika Muhyiddin tumbang, tanpa jajaran politik yang jelas, tiada pemimpin yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan.
UMPAMA telur di hujung tanduk, begitulah gambaran terkini survival politik Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah menjadi Perdana Menteri Malaysia kelapan pada 1 Mac 2020.
Penarikan sokongan 15 ahli Parlimen UMNO pada minggu lalu menyebabkan kerajaan Muhyiddin yang sering dirujuk sebagai Abah kini menunggu rebah.