Kenapa Muhyiddin perlu mengharap 'keajaiban'
Iklan
SELEPAS hampir dua minggu ribut politik tanah air, nampaknya Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya petang tadi terpaksa meletakkan takdir dan nasib kepimpinan beliau kepada ahli parlimen di luar Perikatan Nasional (PN) atau lebih tepat lagi pemimpin pembangkang.
Walaupun pada minggu lalu, Muhyiddin dalam satu sidang media mengakui masih mempunyai mempunyai majoriti, namun Presiden Bersatu itu mengetahui beliau berpaut di dahan yang sangat rapuh.