Nak 'borong' MP pembangkang, letak jawatan PM dahulu: Dr Mujahid
Iklan
Muhyiddin ketika menyampaikan Perutusan Khas di Bangunan Perdana Putra, pada Jumaat. Turut kelihatan, Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (dua, kanan). -Foto Bernama
SHAH ALAM - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof secara berseloroh meminta Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan terlebih dahulu sebelum berhasrat berunding dengan ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi mewujudkan kerjasama rentas parti.
Ahli Parlimen Parit Buntar itu turut menganggap ucapan perutusan khas Muhyiddin pada petang Jumaat bukan sekadar mahu 'membeli' beberapa ahli Parlimen pembangkang, sebaliknya Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu seolah-olah mahu 'memborong' semuanya.