Mengembalikan nirmala di Malaysia
Iklan
Berdasarkan kajian, usaha untuk membuat penambahbaikan kepada negara sering kali berhadapan dengan tentangan menggunakan senjata agama dan perkauman, kuasa dan politik wang.
SEJAK Februari 2020, ke mana sahaja kita pergi dan apa juga yang kita baca, kita tidak akan lari daripada kenyataan bahawa Malaysia sedang menghadapi masalah.
Paling penting untuk kita mendapat kepastian adalah apakah Malaysia ini sudah sampai ke tahap di mana kita boleh dianggap sebagai sebuah negara yang gagal, a failed state atau adakah kita masih mempunyai harapan untuk diselamatkan?