Apa ada pada kepengikutan?
Iklan
Pengikut yang komited dan efektif menjadi elemen terpenting dalam aspek semak dan imbang, memastikan organisasi dan negara sentiasa berada di atas landasan yang betul. Gambar kecil: Harlina
TENTU ramai yang sudah cukup biasa dengan perkataan`kepimpinan’. Mutakhir ini, begitu banyak yang diperkatakan tentang pemimpin, kepimpinan dan kepemimpinan. Bagaimana pula dengan kepengikutan?
Aspek kepengikutan terlalu jarang diperbincangkan, sehinggakan perkataan `kepengikutan’ itu sendiri kedengaran sangat janggal dan asing. Malahan mungkin ada yang merasa sedikit sangsi, sama ada kepengikutan ini wajar atau tidak untuk diketengahkan.