Tangguh dulu buka sekolah, ibu bapa risau angka Covid-19
Iklan
Ramai ibu bapa masih bimbang untuk menghantar anak ke sekolah berikutan bilangan kes positif Covid-19 di Malaysia yang belum reda ketika ini.
SHAH ALAM - Rata-rata ibu bapa di kawasan merekodkan kes penularan Covid-19 yang tinggi masih belum bersedia untuk menghantar anak mereka ke sekolah bermula September ini.
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7 di sini, Datuk Mohamad Isa Ishak berkata, kebanyakan ibu bapa terutama yang berada di kawasan fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) risau berkenaan risiko bakal dihadapi anak-anak mereka apabila sekolah dibuka semula.