PM, PN dijangka terus terima kejutan besar
Iklan
Muhyiddin dan PN dijangka terus menerima tekanan daripada blok pembangkang dan sebahagian pemimpin UMNO.
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka terus menerima pelbagai kejutan besar dalam tempoh sebulan ini susulan ‘serangan’ bertali arus daripada UMNO ketika ini.
Pensyarah Kanan Sains Politik daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mujibu Abd Muis berkata, ia dapat dilihat apabila hampir setiap hari parti Melayu terbesar itu membuat asakan terhadap kepimpinan Muhyiddin.