Wanita hamil berisiko tiga kali ganda masuk ICU akibat Covid-19
Iklan
Wanita hamil berisiko dua kali untuk dimasukkan ke ICU dan tiga kali ganda risiko untuk mendapat bantuan pernafasan jika dijangkiti Covid-19.
SHAH ALAM - Wabak Covid-19 yang mencatatkan lebih 10,000 kes kematian di negara ini membuka mata ramai rakyat Malaysia tentang bahaya dan kesan koronavirus terutamanya mereka yang berisiko tinggi termasuklah ibu mengandung.
Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Dr Murizah Mohd Zain berkata, wanita hamil yang menghidap Covid-19 kemungkinan mempunyai tiga kali ganda risiko perlu dimasukkan ke wad kecemasan (ICU) dan dua kali ganda risiko untuk mendapat bantuan pernafasan.