Ahli Parlimen wanita masih dibelenggu politik ‘seksis’
Iklan
Ahli Parlimen wanita mengakui masih dibelenggu politik seksis apabila sering diherdik dan diperli di Dewan Rakyat.
Persidangan Parlimen negara sentiasa memperlihatkan perdebatan hangat mengenai isu-isu semasa yang dibangkitkan oleh menteri di pihak kerajaan dan ahli-ahli Parlimen baik di blok kerajaan mahupun pembangkang. Tidak terkecuali perbahasan hangat pada hujung bulan lalu.
Namun, ada pendapat yang menyatakan dalam banyak sesi perdebatan seolah-olah wujud isu diskriminasi atau ‘seksis’ dalam kalangan suara wakil rakyat wanita semasa perbahasan.