4 negeri mungkin bertukar kerajaan, gabungan
Iklan
Perak, Sabah, Melaka dan Johor mungkin bakal menyaksikan kejatuhan kerajaan negeri atau gabungan BN bersama rakan politik baharu.
RIBUT politik negara ibarat air panas yang kembali menggelegak. Hanya selepas 16 bulan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui satu gerakan penyatuan ummah membentuk kerajaan ditunjangi Bersatu, Barisan Nasional (BN), Pas, Gabungan Parti Sarawak dan parti-parti Sabah, namun kedudukan mereka di Putrajaya kini mula goyah.
Tekanan buat PN makin hebat apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi bersama sekurang-kurangnya 10 orang ahli Parlimen UMNO membuat keputusan menarik sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin serta-merta.