Masing-masing dakwa ada majoriti tapi cakap sekarang buat apa?
Iklan
Gambar kiri: Sidang media Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa. (Gambar kanan) Ismail Sabri membalas sidang media Presiden bersama kumpulannya pada Jumaat.
SEKARANG ni cakap apa pun tak guna. Sekadar boleh menyalak bukit tapi bukit tidak juga bergegar atau runtuh, malah tidak berganjak.
Jadi, kenapa bising dan hingar-bingar? Ia tidak lain adalah untuk menunjukkan kekuatan dan perang saraf.