Gabungan persatuan gunting rambut hantar petisyen ke Istana Negara
Iklan
TN Winda (kanan) bersama wakil-wakil persatuan penggunting dan pendandan rambut setelah mengadakan rundingan dengan MITI bagi membenarkan kembali perkhidmatan gunting rambut beroperasi dengan SOP ketat.
SHAH ALAM - Tertekan akibat berterusan dilarang beroperasi sewaktu Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), gabungan tujuh persatuan penggunting dan pendandan rambut sepakat untuk menghantar petisyen ke Istana Negara dalam masa terdekat.
Presiden Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA), TN Winda Mohd Tahir berkata, satu petisyen akan diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara bagi merayu supaya kerajaan membenarkan kembali perkhidmatan menggunting dan dandanan rambut beroperasi dengan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 yang ketat.