Hari penentuan pelan infrastruktur RM5.06 trilion Amerika
Iklan
Rang undang-undang infranstrukur memerlukan tempoh yang panjang untuk diluluskan di Amerika Syarikat. - Foto AFP
ANGGOTA-ANGGOTA Dewan Senat, Washington akan menentukan pada hari ini sama ada rancangan pelaburan Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bernilai AS$1.2 trilion (RM5.06 trilion) dalam bidang infrastruktur di negara berkenaan akan diluluskan dalam undian akhir.
Rancangan itu dianggap penting oleh pentadbiran Biden bagi memulihkan semula infrastuktur AS yang dianggap lama diabaikan oleh kerajaan negara berkenaan sebelum ini.