Mesej dari Negeri Di Bawah Bayu
Iklan
Walaupun Bung Moktar masih mengunci mulut setakat ini, namun UMNO Sabah sebentar tadi mengumumkan kekal bersama kerajaan Sabah di bawah GRS.
SHAH ALAM - Selepas Ketua Wanita UMNO, Datuk Noraini Ahmad dan Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan pendirian mereka menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional, teka-teki seterusnya terarah kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Setakat petang tadi, usaha media untuk mendapatkan penjelasan Bung Moktar masih gagal selepas difahamkan Ahli Parlimen Kinabatangan itu mengambil sikap mengunci mulut.