31 menteri, timbalan menteri, ahli Parlimen BN 'langgar' Zahid
Iklan
Ismail Sabri mengadakan sidang media bersama ahli-ahli Parlimen BN bagi menyatakan sokongan kepada kerajaan PN yang diadakan di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (BDKL). Foto Sinar Harian/Rosli Talib
Selepas pengumuman tegas Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk menarik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Selasa lalu, semua mata kemudian tertumpu kepada 'kem' menteri, timbalan menteri dan ahli Parlimen UMNO/Barisan Nasional diketuai Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Apatah lagi ketika sidang media Zahid, pemimpin yang kelihatan berdiri di belakang Presiden juga bukan calang-calang.