Langkah Seri Pacifik? Saya cabar kemuka bukti, jangan fitnah: Tajuddin
Iklan
TAJUDDIN
Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mencabar mana-mana pihak yang mendakwa wujudnya gerakan politik dipanggil 'Langkah Seri Pasifik' bagi mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tampil mengemukakan bukti.
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman mencabar mana-mana pihak yang mendakwa wujudnya gerakan politik dipanggil 'Langkah Seri Pacific' bagi mengekalkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tampil mengemukakan bukti.
Jelas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu, pihak tidak bertanggungjawab itu tidak boleh sewenang-wenangnya memfitnah kumpulan tertentu yang mengadakan pertemuan di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.