Spekulasi 'Langkah Seri Pacific' untuk kekalkan PN
Iklan
Selepas 'Langkah Sheraton' yang difahamkan bermula daripada pertemuan di Hotel Sheraton, Hotel Seri Pacific pula menjadi tumpuan pemerhati politik susulan dakwaan satu gerakan politik sedang direncana di situ ketika ini.
Gerakan politik dipanggil 'Langkah Seri Pacific' itu dipercayai bertujuan mendapatkan tandatangan surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi mengekalkan kerajaan PN.
SHAH ALAM - Spekulasi kini bertiup kencang mengatakan satu gerakan politik oleh ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sedang giat dijalankan bagi tujuan mengumpul sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO dan pembangkang seakan-akan 'Langkah Sheraton'.
Gerakan politik dipanggil 'Langkah Seri Pacific' itu juga dipercayai bertujuan mendapatkan tandatangan surat akuan bersumpah (SD) ahli-ahli Parlimen UMNO yang tidak menyokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli Parlimen pembangkang bagi mengekalkan kerajaan PN.