Gelora menuju September
Iklan
Semua ahli politik perlu mengetepikan ideologi politik masing-masing dan tampil membantu kerajaan serta mengutamakan agenda rakyat melalui PPN. - Foto Bernama
SHAH ALAM - Pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai usul undi percaya yang akan dibentangkan di Parlimen pada September depan tidak akan meredakan keadaan, sebaliknya akan menambah gelora politik di negara ini.
Tempoh sebulan itu dilihat terlalu lama dan memungkinkan pelbagai krisis lain yang timbul termasuk dimanipulasikan oleh individu-individu berkepentingan untuk mengambil kesempatan.