Keabsahan Abah wajar ditentukan di Parlimen berbanding SD
Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Bernama TV hari ini. -Foto Bernama
PENTAS politik negara kembali panas apabila satu lagi usaha yang digerakkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan bahawa parti itu mengambil pendirian tidak mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menyaksikan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri terbatal.
Ahmad Zahid menampilkan 10 ahli Parlimen UMNO bersamanya sambil mendakwa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti untuk terus mentadbir negara dan perlu segera berundur.