Mod defensif berakhir, Muhyiddin tampil lancar serangan
Iklan
Muhyiddin ketika perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan pada Rabu.
FOTO: BERNAMA
Debaran dan penantian rakyat Malaysia terhadap status atau keabsahan Perdana Menteri Malaysia yang kelapan akhirnya terjawab apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat perutusan khas tepat jam 12.30 tengah hari tadi.
Berbeza dengan perutusan biasa, kali ini Muhyiddin tampil dengan nada lebih tegas dan berani dalam usaha membuktikan kerajaan Pakatan Nasional (PN) masih ‘kukuh’ dan belum tumbang.