Tidak boleh kata tumbang lagi: Sivamurugan
Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (kanan) ketika Mesyuarat Khas di Parlimen. Foto Bernama. Gambar kecil: Profesor Dr Sivamurugan Pandian
SHAH ALAM - Kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih belum tumbang selagi belum ada sebarang pengumuman daripada Istana Negara berhubung keabsahan pentadbiran Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Penganalisis Politik daripada Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian berkata, pihak istana perlu memutuskan sama ada Muhyiddin masih mempunyai majoriti sokongan atau sebaliknya.