Kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri masih sah
Iklan
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Gambar kecil: Mujibu Abd Muis
SHAH ALAM - Keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri masih lagi sah walaupun UMNO mengumumkan menarik balik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Ahli Parlimen Pagoh itu.
Pensyarah Kanan Sains Politik, Universiti Teknologi Mara, Mujibu Abd Muis berkata, ia kerana keputusan parti tidak membawa sebarang implikasi kepada kerajaan melainkan ia dilakukan secara perundangan.