Atlet wanita: Kontroversi dan hak berpakaian sukan
Iklan
Pelari pecut negara, Azreen Nabila Alias mempamerkan aksi hebat di Olimpik Tokyo 2020 walaupun tampil dengan imej berhijab. - Foto Bernama, gambar kecil dari kiri: Shamala Subramaniam, Mohd Sadek
SELEPAS 125 tahun, sejak kali pertama diadakan di Athens, satu pencapaian membanggakan apabila Sukan Olimpik Tokyo 2020 dilaporkan mempunyai paling ramai penyertaan atlet wanita.
Sejumlah 48.8 peratus daripada lebih 11,000 atlet yang bertanding mewakili lebih 200 negara merupakan atlet wanita. China, Hong Kong, Australia, Britain, Kanada dan Amerika Syarikat antara pasukan yang mempunyai lebih ramai atlet wanita berbanding lelaki.