Biar Agong buat pertimbangan
Iklan
Al-Sultan Abdullah (kanan) perlu membuat pertimbangan sama ada Muhyiddin (kiri) masih mempunyai majoriti sokongan atau tidak dalam kerajaan. Gambar kecil dari kiri: Dr Muhammad Fathi Yusof, Wan Ahmad Fauzi
SHAH ALAM - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu membuat pertimbangan untuk memilih perdana menteri yang baharu sekiranya kerajaan Perikatan Nasional (PN) hilang majoriti.
Pakar Perlembagaan daripada Universiti Malaysia Pahang, Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain berkata, pemilihan perdana menteri adalah atas budi bicara Seri Paduka Baginda.