"Praktik dulu sokong UMNO tapi tak sokong Zahid"
Iklan
Ahmad Zahid dalam satu kenyataan sebelum ini menegaskan mesyuarat MKT UMNO telah memutuskan parti itu akan terus bersama kerajaan PN, namun pada masa sama menarik sokongan terhadap Muhyiddin.
SHAH ALAM - Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) digesa mempraktikkan dahulu pendirian 'sokong UMNO tapi tak sokong Presiden' sebelum memuktamadkan keputusan 'sokong Perikatan Nasional (PN) tapi tak sokong Perdana Menteri (PM)'.
Ahli MKT UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, cadangan itu dikemukakan susulan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menggunakan mesyuarat khas MKT pada petang Selasa sebagai medan memuktamadkan keputusan 'sokong kerajaan PN tetapi tidak sokong Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin'.