Besar dugaan mu, Aizam Danish
Iklan
Gambar terakhir Aizam Danish Kharal Anuar bersama kedua ibu bapanya ketika menyambut Hari Bapa di rumah mereka di Rawang.
SHAH ALAM - Kehilangan insan tersayang amat memeritkan buat sesiapa sahaja tetapi berbeza bagi seorang kanak-kanak yang berusia hanya 12 tahun.
Aizam Danish Kharal Anuar yang masih belum puas merasai kasih sayang daripada ibu dan bapa terpaksa berserah kepada takdir selepas kedua-dua insan disayanginya itu dijemput Ilahi dalam tempoh seminggu akibat dijangkiti Covid-19 baru-baru ini.