Stok kit ujian kendiri Covid-19 ‘licin’ dalam tempoh dua hari
Iklan
Kini orang awam boleh menjalani saringan kendiri bagi mendapatkan keputusan mengenai status jangkitan Covid-19 mereka dengan cepat dan mudah dengan pembelian kit ujian kendiri Covid-19. -Foto Bernama
SHAH ALAM - Kit ujian kendiri Covid-19 yang dibekalkan dan diedarkan di farmasi seluruh negara bermula 21 Julai lalu ternyata mendapat sambutan memberangsangkan daripada orang ramai.
Tinjauan Sinar Harian di beberapa farmasi sekitar Shah Alam mendapati kebanyakannya telah kehabisan kit tersebut dan masih menunggu bekalan daripada pembekal.