[EKSKLUSIF] 30 MP BN tandatangan surat sokong Muhyiddin malam ini
Iklan
Sinar Harian difahamkan terdapat pertemuan sulit diadakan dalam kalangan ahli-ahli Parlimen BN di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan pada Ahad malam.
KUALA LUMPUR - Seramai 30 ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) difahamkan telah menandatangani surat akuan menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal sebagai Perdana Menteri dalam satu pertemuan sulit di Wisma Perwira, Kementerian Pertahanan Ahad malam.
Sumber ahli Parlimen BN berkata, pertemuan sulit itu diadakan bermula jam 9 malam dan dipengerusikan oleh Pengerusi Kelab Ahli-ahli Parlimen Penyokong Kerajaan PN (PNBBC), Datuk Seri Shahidan Kassim.