Kerajaan derhaka agenda politik
Iklan
Istana Negara
BEBERAPA hari lalu berlaku krisis pentadbiran yang agak unik antara pihak Eksekutif (kabinet) yang dipimpin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan institusi Yang di-Pertuan Agong, yang ketika ini Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di atas takhta.
Krisis bermula apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan terlajak mengumumkan kerajaan telah menamatkan semua Ordinan Darurat mulai 21 Julai lalu dalam Sidang Khas Parlimen, Isnin lalu.