Varian Delta mengganas di China
Iklan
Pemeriksaan dilakukan di makmal sementara yang digunakan untuk melakukan ujian Covid-19 di Nanjing, baru-baru ini.
BEIJING - China kini terpaksa bertungkus lumus menghadapi peningkatan kes penularan Covid-19 yang disebabkan oleh varian Delta dari India selepas ia juga mencipta sejarah sebelum ini pada hujung tahun 2019 mencetuskan pandemik itu di Wuhan.
Ratusan ribu orang di negara itu terpaksa menjalani perintah lockdown pada Jumaat lalu ketika China dilihat berjuang secara serius menangani pandemik tersebut dalam tempoh beberapa bulan lalu.