Polis kesan pemanggil misteri ugut mahu bom IPD

Iklan
Che Zaimani

GEORGETOWN - Polis sedang mengesan seorang lelaki kerana mengugut mahu meletupkan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini menggunakan bom C4, dalam kejadian semalam berikutan marah dengan tindakan pihak berkuasa itu kerap melakukan penahanan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu, lelaki tersebut menghubungi Balai Polis Pulau Tikus dan bercakap dengan seorang anggota polis sebelum dia secara tiba-tiba memaki hamun anggota terbabit dengan pelbagai perkataan kesat.

Iklan
Iklan

"Lelaki itu pada mulanya memarahi anggota polis yang menjawab panggilan telefon itu kerana polis kerap menahan orang dan dia turut memaki anggota terbabit dengan pelbagai perkataan kesat," katanya di sini hari ini.

Katanya, sebelum meletakkan telefon, suspek sempat mengugut untuk meletupkan IPD Timur Laut menggunakan C4 kerana mahu melihat semua anggota polis mati.

Iklan

Menurutnya, susulan daripada ancaman itu, sepasukan polis Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Unit Anjing Pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di hantar ke IPD Timur Laut untuk membuat pemeriksaan lanjut namun tiada sebarang bom atau bahan letupan yang ditemui dalam kawasan tersebut.

Beliau berkata, polis kini sedang mengesan suspek terbabit bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.- Bernama

Iklan