Tabung Wira Merah Adib dibuka berterusan

Iklan

PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memohon maaf atas kesilapan berhubung kenyataan tarikh tutup sumbangan Tabung Wira Merah Adib yang dimaklumkan sebelum ini akan ditutup pada 31 Januari 2019.

Dalam satu kenyataan, pihaknya berkata, tabung ini akan dibuka berterusan sehingga dimaklumkan tarikh tutp kelak.

Iklan
Iklan

"Untuk makluman, tabung ini akan dibuka berterusan sehingga dimaklumkan tarikh penutupannya kelak. Segala kesulitan amat dikesali," katanya, hari ini.

Pada 17 Disember lalu, anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang parah dipukul ketika insiden di Kuil Sri Maha Mariamman disahkan meninggal dunia pada pukul 9.41 malam di Institut Jantung Negara (IJN).

Iklan
Iklan

Jenazah dibawa pulang dan dikebumikan di kampung Tebengau, Kuala Kedah.