Perlu ada persefahaman agama untuk keharmonian kaum: Waytha Moorthy
Iklan
P Waytha Moorthy
PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy hari ini menegaskan kepentingan memahami sensitiviti agama yang menjadi platform kepada keharmonian kaum di negara ini.
Merujuk kepada surat yang disiarkan dalam akhbar hari ini yang bertajuk Plea For Vegetarian Food beliau berkata, perlu ada persefahaman agama dalam kalangan rakyat Malaysia terutama dalam perkara yang melibatkan tuntutan agama seperti menjadi pengamal vegetarian.
Iklan
Iklan
"Telah diketahui bahawa setiap budaya yang unik dipengaruhi oleh agama. Kita tidak dapat menafikan bahawa agama mencorakkan cara hidup kita, oleh itu, menghargai setiap keunikan akan meningkatkan kefahaman antara satu sama lain dan meningkatkan kebersamaan sebagai satu bangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Surat daripada bekas pelajar matrikulasi yang mengamalkan vegetarian itu mendakwa pelajar tidak dibenarkan membeli makanan di luar kampus walaupun permintaan secara formal telah dikemukakan kepada pegawai hal ehwal pelajar.
Iklan
Beliau berkata, pihak pengurusan terutamanya institusi pendidikan perlu lebih sensitif terhadap latar belakang agama pelajar.
Waytha Moorthy berkata, beliau akan memaklumkan kepada Kementerian Pendidikan atas semangat kepelbagaian budaya untuk mendapatkan sokongan dan tindakan mereka bagi menangani isu itu. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian"><meta itemprop="description" content="RCI skandal mafia korporat: Lima ahli Parlimen PKR tuntut PM, menteri nyata pendirian
Semua ahli Parlimen termasuk Menteri Kabinet dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa untuk menyatakan pendirian secara terbuka mengenai cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal didakwa membabitkan ‘mafia korporat’ yang turut dikaitkan dengan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
Gesaan itu dibuat lima Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wong Chen (Subang), Hassan Karim (Pasir Gudang), S Kesavan (Sungai Siput), Rodziah Ismail (Ampang) dan Lee Chean Chung (Petaling) Jaya dalam satu sidang akhbar bersama di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785942/berita/nasional/rci-skandal-mafia-korporat-lima-ahli-parlimen-pkr-tuntut-pm-menteri-nyata-pendirian
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangmedia #RCIskandalmafiakorporat #RCI #WongChen #HassanKarim #SKesavan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-01T05:59:25.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P188S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xak4b3y"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xak4b3y"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xak4b3y"></script>