KUCHING - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) merampas 10.118 kilogram (kg) dadah bernilai RM505,900 serta menahan dua individu pagi semalam.
Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, dadah jenis methamphetamine terbabit ditemui semasa pemeriksaan ke atas dua bagasi milik seorang lelaki dan seorang wanita yang masing-masing berusia awal 40-an dan lewat 20-an selepas tiba dari Pulau Pinang kira-kira jam 8.55 pagi.