Siswazah menganggur naik 4.4 peratus, gaji turun 10.6 peratus
Iklan
Peningkatan bilangan siswazah pada setiap tahun adalah seiring dengan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan tinggi dalam meningkatkan taraf hidup.
[INFOGRAFIK] Persekitaran ekonomi yang kurang memberangsangkan pada 2020 menyebabkan bilangan siswazah menganggur meningkat sebanyak 22.5 peratus, kata Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Menurutnya, jumlah tersebut meningkat sebanyak 37,200 orang kepada 202,400 orang berbanding 165,200 orang pada 2019.