Obses ambil vitamin C sampai rosak buah pinggang
Iklan
Pengambilan vitamin C secara berlebihan mampu menyebabkan kerosakkan buah pinggang, cirit-birit, sakit perut dan pembentukan batu karang jika diserap dalam darah. Gambar kecil: Saidatul Hazirah
SHAH ALAM - Terpengaruh dengan kebaikan suplemen vitamin C yang mampu mencegah Covid-19 dan memutihkan kulit, seorang gadis kini menanggung derita selepas buah pinggangnya disahkan rosak.
Malah Saidatul Hazirah Parlan, 22, ketika ini mengharapkan hadirnya penderma buah pinggang untuk meredakan penderitaan yang ditanggungnya.