PH umum Manogaran calon PRK Cameron Highlands
Iklan
M Manogaran
KUALA LUMPUR - Timbalan Pengerusi DAP Pahang, M Manogaran diumumkan sebagai calon PH bagi menghadapi PRK Parlimen Cameron Highlands.
Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Manogaran adalah calon PRK14 lalu.
Iklan
Iklan
"Kita telah tentukan sapa bertanding. Calon kita adalah calon lama pada PRU14 lepas kekal bertanding.
"Kita yakin akan menang PRK ini walau siapa pun yang bertanding dan kita percaya akan dapat atasi masalah,” katanya ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan Al-Bukhary, di sini, hari ini.
Iklan
Pada 4 Jun lepas, Manogaran memfailkan petisyen memohon perisytiharan bahawa keputusan PRU14 pada 9 Mei lalu bagi Parlimen Cameron Highlands yang disandang Datuk C Sivarraajh dari MIC terbatal kerana melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Susulan daripada itu, Mahkamah Pilihan Raya mengisytiharkan pilihan raya berkenaan terbatal.
Iklan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 28 Disember lepas mengesahkan Naib Presiden MIC, Sivarraajh tidak layak bertanding dalam PRK berkenaan yang bakal diadakan pada 26 Januari ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding"><meta itemprop="description" content="PRN Johor: Tiada arahan ahli Bersatu undi parti lain di kerusi PN tidak bertanding
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor #SuaraRakyat #Bersatu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-29T12:23:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P120S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xajpu2q"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xajpu2q"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xajpu2q"></script>