Seleksi tepat kasut bola

Iklan
PILIHAN kasut yang tepat adalah yang ringan dan lembut kerana permukaan itu sesuai untuk permainan bola harian.

BOLA sepak cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia dan pastinya sukan itu mampu menyatupadukan rakyat tanpa mengira kaum.

Perasan atau tidak, lazimnya mata kita pasti akan terarah pada kaki pemain yang tangkas menggelecek bola.

Iklan
Iklan

Bukan itu sahaja, itulah salah satu aksi yang dinanti penonton yang sentiasa mendambakan permainan terbaik untuk dikenang.

Memang tidak dinafikan, perkara penting yang perlu dipertimbangkan setiap pemain adalah pemilihan kasut bola yang tepat.

Iklan

Menurut Pengurus Besar Prestige Sport Sdn Bhd, Norita Mohd Noor, bola sepak merupakan salah satu keutamaan Lotto dan akan memastikan reka bentuk dan keselesaan yang tiada tandingan.

"Kasut bola Lotto direka untuk pemain yang ingin mencipta semula permainan, menentukan rentak dan menulis semula peraturan.

Iklan

"Ia mempunyai teknologi Puntoflex yang terkini yang berupaya memberikan fleksibiliti dan pulangan elastik yang sangat baik,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Sebagai tambahan untuk fleksibiliti, kasut bola sepak Lotto juga mempunyai Enerturn dan Reactive Gel iaitu sistem penyerapan menggunakan bahan elastik berganda dan padat.

"Inovasi itu mampu menyebarkan daya impak negatif dan mengembalikan tenaga terkumpul kepada pemain," katanya.

PILIHAN kasut yang tepat adalah yang ringan dan lembut kerana permukaan itu sesuai untuk permainan bola harian.

Berikut perkongsian Lotto mengenai tip pemilihan kasut yang ideal untuk prestasi maksimum di padang:

Permukaan permainan atau padang

Sebelum mula memikirkan tentang jenis kasut, tetapkan dahulu jenis permukaan padang kerana memakai kasut yang salah pada permukaan yang tidak betul, boleh melemahkan prestasi permainan.

Lebih buruk, ia boleh menyebabkan kecederaan serius.

Permukaan padang boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk iaitu:

a) Kawasan kejiranan atau padang lapangan:

Permukaan seperti itu selalunya menjadi pilihan untuk pemain di kawasan yang kerap hujan.

Pilihan kasut yang tepat adalah yang ringan dan lembut kerana permukaan itu sesuai untuk permainan bola harian.

Stud di kasut juga boleh ditukar oleh pemain jika mahu.

b) Stadium bola:

Ia merupakan permukaan rumput semula jadi yang mana lokasinya tiada hujan secara kerap.

Lokasi profesional yang mana kasut yang tepat perlulah lebih tahan lasak dan juga mempunyai stud untuk cengkaman lebih kuat ketika bermain.

c) Turf:

Rumput buatan adalah permukaan serat sintetik yang dibuat seperti rumput semula jadi.

Ia paling kerap digunakan di arena sukan atau biasanya dimainkan di kawasan rumput.

d) Padang tertutup:

Direka untuk sebarang jenis permainan bola sepak tertutup.

Kedudukan pemain