Lelaki meninggal dunia di sawah bukan dipanah petir

Iklan
Mangsa ditemui terbaring di petak sawah Kepala 40 Jalan Tambun Tulang, pada jam 6.25 petang semalam.

ARAU - Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di kawasan sawah padi di Kepala 40 Jalan Tambun Tulang, pada jam 6.25 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof berkata, lelaki berkenaan dipercayai mengalami serangan jantung.

Iklan
Iklan

Katanya, tular di laman sosial memaklumkan kematian mangsa akibat dipanah petir adalah tidak benar.

Menurut Nanda, pihaknya menerima laporan daripada orang awam pada jam 6.25 petang dan siasatan awal mendapati lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan ambulans Hospital Tuanku Fauziah.

Iklan
Iklan

"Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah pada tubuh badan mangsa dan pemeriksaan sekitar lokasi tidak menjumpai sebarang kesan jenayah," katanya.