Gempa bumi kuat landa Filipina
Iklan
KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter melanda wilayah Mindanao, Filipina pada 9.11 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gegaran itu berlaku kira-kira 20 kilometer barat dari Digos, Filipina pada kedalaman 10 kilometer.